Selasa, 26 Januari 2010

Operasi Cegah Maksiat Oleh JAIS di Taman Ixora

Pada 26 Januari 2010 (Selasa) jam 2.15 pagi, 5 orang anggota daripada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah melakukan operasi pencegahan maksiat di rumah No. 17, Jalan Ixora 1/3. Pihak JAIS telah berjaya menangkap 2 orang perempuan dan seorang lelaki yang bukan muhrim di rumah berkenaan. Penghuni rumah berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen yang mengesahkan mereka adalah suami isteri yang sah.

Mereka yang ditangkap berkhalwat berkenaan telah di bawa ke Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dengan menaiki van JAIS untuk siasatan lanjut. Serbuan berkenaan turut disertai oleh beberapa orang penduduk di Jalan Ixora 1/13 dan 1/1 yang melakukan rutin berjaga malam di pondok kejiranan One Ixora.

Serbuan berkenaan dibuat berdasarkan kepada intipan dan maklumat daripada jiran di Jalan Ixora 1/3. Penghuni rumah berkenaan juga telah diberi nasihat beberapa kali oleh jiran bersebelahan dan daripada pegawai JAIS sendiri sebelum ini. Walaubagaimanapun nasihat dan amaran berkenaan tidak dipedulikan oleh mereka.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah dan syabas kepada penduduk yang perihatin dengan gejala maksiat yang berlaku di taman kita ini. Bersama-samalah kita membanteras kejadian seperti ini daripada berlaku pada masa akan datang.

6 ulasan:

  1. Tahniah di atas usaha untuk membanteras maksiat yang menjadi-jadi sekarang ini. Syabas pada penduduk dan juga One Ixora team!

    BalasPadam
  2. amal makruf nahi mungkar ... Allahu Akbar!!!

    BalasPadam
  3. Assallammualaikum dan Tahniah kepada Kawan2 yang berjaga malam dan prihatin tentang gejala maksiat
    dan keselamatan TI...Pak Mat selaku penghuni TI amat bangga dengan kesepakatan Penduduk TI yang sanggup membuat apa saja demi kebaikan bersama...Syabas sekali lagi kepada yang terlibat
    dan pihak JAIS.

    BalasPadam
  4. Tahniah atas usaha yg dijalankan......keep up a good job..

    BalasPadam
  5. ALHAMDULILLAH kerana masih ada yang peka dan bertanggungjawab la ni. Keep it up

    si penjaga malam!

    BalasPadam